KUALA LUMPUR: Perhatian peminat dan pencinta seni tanah air pada ketika ini sudah tentu akan tertumpu pada pertandingan akhir program All Stars Gegar Vaganza.
Program mingguan yang mempertaruhkan nama-nama besar dalam gelanggang seni suara tanah air sudah sampai ke kemuncaknya.
Lapan penyanyi yang akan diadili malam ini ialah Tomok, Nikki Palikat, Naqiu, Hady Mirza, Jaclyn Victor, Liza Hanim, Siti Nordiana dan Azharina.
Kesemua lapan penyanyi itu mempunyai tiga peluang untuk meyakinkan tiga juri profesional iaitu Datuk Ramli MS (ketua juri), Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang serta juri jemputan Ratu Rock Ella terhadap keupayaan mereka.
Sehingga artikel ini ditulis, empat daripada lapan peserta yang sedang diberi perhatian untuk merangkul kedudukan teratas ialah Liza Hanim, Jaclyn Victor, Naqiu dan Hady.
“Inilah empat penyanyi yang kelihatan sangat-sangat menyerlah dan konsisten sejak dari awal musim All Stars Gegar Vaganza sehingga ke final.
“Bahkan pada peringkat latihan akhir sekalipun, Liza Hanim, Jaclyn Victor, Naqiu dan Hady sudah memberikan persaingan yang sangat sengit.
“Sudah pasti, tugas besar menanti juri-juri pada malam ini kerana Liza Hanim, Jaclyn Victor, Naqiu dan Hady menepati hampir kesemua kriteria yang dituntut dalam penjurian All Stars Gegar Vaganza,” kata seorang tenaga di sebalik penerbitan All Stars Gegar Vaganza kepada Astro AWANI ketika diminta mengulas persaingan sengit program yang menawarkan hadiah wang tunai RM200,000 kepada juara.
Sementara itu, seorang lagi sumber Astro AWANI yang turut meninjau sesi latihan final All Stars Gegar Vaganza memberi bayangan terhadap keupayaan Liza Hanim mengungguli pertandingan itu malam ini.
Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, semasa sesi latihan, Liza Hanim seakan-akan menguasai keseluruhan persembahan.
“Namun begitu, Liza Hanim tidak boleh terlalu selesa kerana Hady Mirza juga dilihat seperti mengejarnya dengan pantas. Apa yang boleh disimpulkan ialah kedua-dua penyanyi ini adalah material juara All Stars Gegar Vaganza,” ujar sumber itu yang juga penggiat industri muzik tanah air.
Dalam perkembangan sama, menjelang beberapa jam final All Stars Gegar Vaganza, penerbitnya, Farhana Hussin memberitahu Astro AWANI, program yang akan berlangsung selama tiga jam setengah itu adalah rumusan persembahan penghibur-penghibur yang profesional.
Farhana yang juga penerbit untuk kesemua musim (musim satu hingga 10) Gegar Vaganza berkata, komitmen dan dedikasi semua peserta kali ini amat membanggakan.
“Syukur kerana team produksi mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada semua peserta. Alhamdulillah, tugas kami berjalan lancar dan mereka (peserta) semua juga begitu teruja dengan persembahan kemuncak malam ini.
“Terlalu banyak elemen kejutan yang dapat penonton lihat malam ini terutama dari aspek persembahan. Kami juga sangat teruja untuk berkongsi dengan penonton,” kata Farhana atau mesra disapa Nana.
Sebagai tunggak utama di sebalik penerbitan Gegar Vaganza selama 10 tahun, Farhana tidak menafikan gelanggang kali ini mendapat perhatian luar biasa daripada penonton.
Masakan tidak, kata beliau, ini kerana kesemua lapan peserta akhir All Stars Gegar Vaganza berpengalaman dalam musim-musim sebelum ini.
“Mereka semua sangat arif dan sudah mendapat gambaran yang sangat jelas mengenai format pertandingan, justeru persiapan mental dan fizikal mereka juga sangat teliti.
“Kami di pihak penerbitan melihat kesungguhan yang luar biasa daripada setiap seorang peserta. Kami amat yakin semuanya mahu memberikan persembahan yang terbaik,” ujarnya lagi.
Farhana dalam masa sama menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat ramalan terhadap siapa peserta yang berpotensi untuk ditabal sebagai juara.
“Kalau ditanya saya secara peribadi, semua peserta mempunyai peluang sama cerah. Sukar untuk buat pilihan. Pada akhirnya, ia terpulang pada rezeki dan tuah masing-masing,” tegas Farhana.
Pada malam ini, kelapan-lapan peserta akan beraksi pada tiga peringkat iaitu nyanyian solo, duet bersama artis jemputan serta battle sesama mereka.
“Dalam aspek penjurian, format menetapkan nyanyian solo akan mendapat skor markah paling tinggi diikuti dua peringkat nyanyian,” jelas Farhana mengenai format pertandingan.
Selain persembahan lapan finalis ini, All Stars Gegar Vaganza juga menampilkan penyanyi-penyanyi undangan popular tempatan seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Zainal Abidin, Dayang Nurfaizah dan Aina Abdul.
Sementara artis dari Indonesia yang juga akan menyerikan persembahan ialah Armand Maulana (Gigi), Cakra Khan dan Ifan Seventeen.
.
PESERTA AKHIR ALL STARS GEGAR VAGANZA DAN LAGU NYANYIAN
• Tomok – Seberapa Pantas & Terbang (duet Armand Maulana)
• Nikki Palikat – Tragedi Buah Epal & Ikhlas Tapi Jauh (duet Datuk Zainal Abidin)
• Naqiu – Nur Nilam Sari & Kekasih Bayangan (duet Cakra Khan)
• Hady Mirza – Making Love Out of Nothing At All & Seandainya Masih Ada Cinta (duet Dayang Nurfaizah)
• Jacyln Victor – When You Believe & Sandarkan Pada Kenangan (duet Datuk Jamal Abdillah)
• Liza Hanim – My Heart Will Go On & Terus Hidup (duet Aina Abdul)
• Azharina – Halo & Kamelia(duet Datuk Ramil Sarip)
• Siti Nordiana – Kisah Hati & Kelmarin (duet Ifan Seventeen)
* * Konsert akhir All Stars Gegar Vaganza 2023 yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan siaran serentak di Ria HD (104) bermula jam 9 malam ini.
Astro Awani
Sun Dec 10 2023
Lapan penyanyi yang akan diadili pada pertandingan All Stars Gegar Vaganza malam ini ialah Tomok, Nikki Palikat, Naqiu, Hady Mirza, Jaclyn Victor, Liza Hanim, Siti Nordiana dan Azharina.
Jepun-Greece rai diplomasi lampau 125 tahun
Jepun dan Greece meraikan hubungan diplomasi lampau yang bermula sejak 125 tahun lalu dengan lawatan rasmi sepanjang minggu ini di Greece.
Hubungan yang disifatkan istimewa antara dua negara ini menjadi lebih istimewa kerana Puteri Kako iaitu anak buat kepada maharaja Naruhito mencemar duli hadir ke negara berkenaan untuk menzahirkan ucapan dalam surat yang diutuskan oleh Maharaja Negara Matahari Terbit itu.
Hubungan yang disifatkan istimewa antara dua negara ini menjadi lebih istimewa kerana Puteri Kako iaitu anak buat kepada maharaja Naruhito mencemar duli hadir ke negara berkenaan untuk menzahirkan ucapan dalam surat yang diutuskan oleh Maharaja Negara Matahari Terbit itu.
Tanah runtuh di Papua New Guinea: India tawar bantuan US$1 juta
Bantuan bernilai US$1 juta disumbang India bagi membantu mangsa-mangsa bencana tanah runtuh tragis di Papua New Guinea. Tanah runtuh itu yang berlaku pada minggu lalu, setakat ini telah meragut ribuan nyawa dengan ada mangsa yang terperangkap dalam runtuhan.
Panas ekstrem di Rajasthan, 6 maut akibat strok haba
Sekurang-kurangnya enam terkorban akibat gelombang haba melampau dan berpanjangan di barat India, Rajastran pada Selasa.
Himpunan solidariti mahu lihat kesan jelas selepas iktiraf
Pada hari sebelumnya, ratusan yang bersolidariti dengan rakyat Palestin berhimpun di hadapan pejabat Suruhanjaya Eropah (EU) di Barcelona dan di beberapa pejabat kementerian luar di Madrid.
Sepanyol tegas inginkan baitulmaqdis, ibu negara Palestin
Diharapkan langkah untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara akan diikuti lebih ramai negara lain khususnya dari Eropah. Ia juga dilihat dapat menyegerakan keamanan selepas melihat kekejaman berterusan sekian lama. Ini pendirian yang dikongsi tiga negara -Sepanyol, Ireland dan Norway yang secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai negara berkuat kuasa Selasa, 28 Mei.
Mohamad Husaini, Nor Hidayah johan Tilawah Al-Quran
Muhammad Husaini dan Nor Hidayah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan ibadah haji, piala, cenderamata serta sijil.
Pilih hidangan makanan, elak keracunan
Jemaah haji Malaysia disaran memilih makanan dan tempat makanan yang bersesuaian untuk mengelakkan masalah boleh mengganggu tumpuan beribadah termasuk kemungkinan keracunan dan cirit birit.
Hubungan Malaysia-China berada di tahap tertinggi
Hubungan diplomatik Malaysia-China yang sudah menjangkau hampir lima dekad kini berada di tahap tertinggi.
Program Geran Kreatif KL bertujuan memberi hela nafas baharu
Kerajaan akan memainkan peranan proaktif dalam melaksanakan projek-projek flagship dengan meningkatkan dan menyelaras usaha untuk memastikan ianya mencapai potensi penuh dalam memberikan hela nafas baharu kepada Pusat Bandar Kuala Lumpur menjadi destinasi kreatif bertaraf dunia.
Hamas desak Majlis Keselamatan PBB ambil 'langkah segera' hentikan serangan Israel ke atas Rafah
Hamas pada Selasa menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tindakan segera untuk menghentikan serangan berterusan Israel di Rafah.
Kes saman lima sekawan: Siti Nordiana lega, nak 'move on'!
Penyanyi Siti Nordiana menyatakan bahawa dirinya telah melupakan isu saman terhadap lima sekawan yang telah selesai baru-baru ini.
All Stars Gegar Vaganza: Jangkaan tersasar, Liza Hanim tetap menang di hati peminat
Meskipun tidak berjaya, Liza Hanim tetap bersyukur kerana dapat menamatkan musim ini dengan satu penamat yang indah.
All Stars Gegar Vaganza: Jaclyn Victor dedikasi hadiah kemenangan untuk anak-anak
Jaclyn berkata dia berhasrat mengadakan majlis bersama dengan kelab peminat kelak tanpa perlu menggunakan wang kemenangan itu.
Juri sebulat suara memilih Jac untuk menang - Datuk Syafinaz
Syafinaz berkata keputusan mengangkat Jaclyn Victor sebagai juara dibuat sebulat suara juri tetap ASGV.
All Stars Gegar Vaganza: Ini ranking semua finalis - Hady Mirza tempat kedua, Liza Hanim...
Menurut Idlan, pihak produksi mahu memberikan fokus kepada pengumuman juara pada penghuhung konsert.
All Stars GV: ‘Back to back’, Jaclyn Victor dinobat juara sekali lagi
Selepas 12 minggu berhempas pulas di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) gelaran juara akhirnya menjadi milik Jaclyn Victor.
Siapa bakal juara All Stars Gegar Vaganza?
Liza Hanim diramal berpeluang jadi juara, Hady Mirza pula disifatkan saingan paling rapat.
All Stars Gegar Vaganza: Netizen petik dua nama untuk ramalan juara!
Menerusi tinjauan di media sosial, netizen sudah mula meramalkan juara All Stars Gegar Vaganza pilihan mereka.
All Stars Gegar Vaganza: Azharina sebak bakal nyanyikan lagu kegemaran ibu
Bintang All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Azharina Azhar akui sebak sebaik sahaja menerima lagu untuk tugasan akhir di pentas final.
Sooka serba baharu tawar harga menarik serendah RM14.90 sebulan
Sooka, khidmat penstriman terkemuka Malaysia telah melancarkan pek serba baharunya dengan harga promosi yang menarik, ciri-ciri baharu dan lebih banyak kandungan.